BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 14, 2011

Sama-sama kita Kenali Tentang Sahabat & Cinta



Perhubungan
sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap
seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kita
kesusahan. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini,
maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik
berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa
ayat-ayat cinta seperti “Aku akan tetap bersama mu selamanya… dalam
susah atau pun senang.” Ini janji sehidup semati dalam percintaan.
Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh
berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan
persahabatan.
Sifat
cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang
wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita
mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan
sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:
“Jika si dia
berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan,
dan kemudian engkau berkata kepadanya, “Jangan minum air itu”, maka dia
tidak akan minum air itu”.
Inilah yang dinamakan cinta. Dan
inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan
yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya,
berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.
Ikatan
persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi
berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan
isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain,
kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri..selfish.

Oleh
itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus
menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.
Moral
: Sahabat dan cinta…sama penting tapi, bersahabatlah dgn cinta anda,
tp jangan sesekali bercinta dengan sahabat..dgr la ckp
aku..JANGAN!..Persahabatan yg benar tkan berubah walau keadaan berubah..

0 comments: