BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 8, 2012

Siapa Kita Pada - NYA?

aSSallammualaikum Dan sAlam SejAHteRA....

Sudah lama ak x update blog aku ni..
Rindu plak nak meluah pada dinding blog ini..
Bukan apa....Aku sibuk memanjang..
Hehehe

"Siapa Kita Pada - NYA?"

Jawapannya...

Kita ni adalah hamba - NYA..
Sebagai hamba kita kena taat pada segala perintah - NYA..
Tapi banyak di antara kita tak sedar dan leka..
Sibuk di buai mimpi...kekayaan...taksub pada cinta manusia...
Sedangkan DIA sentiasa menyayangi kita...
Kita selalu alpa pada tanggungjawab kita sebagai hamba..
Dia membiarkan kita menghirup udara secara "FREE"..
Tak perlu bayar "CASH"...
Cuma dengan taat dan patuh pada segala perintah - NYA...
Kita tidak tahu bila kita akan melelapkan mata buat selamanya..
Dan bila saat itu tiba...
Sejuta malah Berbilion atau Trilion penyesalan sudah tidak ada gunanya..
Dia maha pengampun lagi maha penyayang..
Tapi mengapa masih ada manusia tak mengetahui hakikat itu?
Kita memang manusia lemah...
Tapi dengan IMAN yang kuat didalam diri..
INSYAALLAH...Kita akan jadi manusia yang baik..
Kita tak boleh menjadi sempurna..
Sesempurna Rasullallah S.A.W..
Tapi kita boleh mengikuti sunnahnya..teladannya..dan peribadinya..

Dunia semakin tua...
Dunia semakin menghampiri Pengakhirannya..
Dunia semakin dekat dengan "EXPIRED DATE"nya..

Tapi pintu TAUBAT sentiasa terbuka...
Jangan sampai terlewat untuk meminta keampunan kepada - NYA..
Taubat yang ikhlas akan diterima - NYA..
INSYAALLAH....


Wednesday, May 9, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu


baby
Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?

Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?

Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,

Maaf ya.

Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.

Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

Hati,

Aku kurang pasti.

Sama ada aku kagum

Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,

Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.

Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.

Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,

Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.

Ingat, siapa yang pegang kamu.

Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,

Aku mahu kamu kuat.

Aku harap kamu tidak lagi rapuh.

Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
"Bila Hati itu Bertulang."