BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 29, 2010

Elaun Tak Masuk Lagi???


Arghhh!!!aku kecewa!!!elaun kami x masuk lg..huuhuhuhu...camna mo shopping...sia2 aku escape kja ari ni.....abs la...matron marah....huh!!!xpala..benda da terlanjur..apa blh buat...lgpn aku mmg malas nak kja ari ni....xda mood....aku mmg bad mood ari ni......mmg cam sial la....apa la jgk ertinya elaun kami lambt masuk ni....duit kat poket pn xda lgsg da.....tggl harap kna krm dr kg...2 pn lmbt g..tgh hari skt kunun dorg cakap....abs la...aku xmkn lg ni...lapar owwwwww.................huhuhuhu....

 Pesanan Khas :
Belajar la menabung..jangan sampai kehabisan duit
cam aku ni...
parah oww...
sakit kepala...
sakit perut..hehehehe..lapar kan..
so...kamurang pandai2la save budget sana...
k la...chow...

Monday, September 27, 2010

Suara (Ku Berharap) By : Hijau Daun


 Di sini aku masih sendiri

Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu
Bila esok hari datang lagi
Ku coba ’tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu
Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu ouuw wooohh
Aku menunggu
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Ouuw wooohh…
Suara dengarkanlah aku

Sembang Petang!!


Salam Guys....huhu..tajuk ptg ni just 4 fun jak..xda pn yg special bah...huhuhu...just nak inform...td tgh hari kami da dpt tiket flight kami utk p pulau pinang..uhuhuh.....kami kna bagi dua tmpt..KK N  TAWAU..Aku flight dari tawau.....tanggal 5/10/2010.....pada pukul 10.30 a.m...smpi KL pukul 13.55 p.m..awl oo...pas 2 dr KL-PENANG plak kul 13.55 p.m...xpala...aku ni bakal lg mninggalkan negeri sabah...ndak juga lama bah....just utk 3 bln jak.....utk menghabiskan sisa-sisa pelajaran aku ni.....utk final exam..ospe..presentation..induksi n btn lg..huhuhu..mmg jadual kami sgt padat...hrp2 ada masa utk enjoy sekejap..hehehehe...apa pn..tulung doakan aku lulus exam tau...amiin............

WE ARE SPECIAL!

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.



   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur.

 
 
Firman Allah:
 
 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)

   Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:
 Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)

   Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. Firman-Nya:
 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)

   Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa “we are special!“.

Sunday, September 26, 2010

Layakkah Aku?


Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan
Tapi aku ingat Aku sememangnya tak layak 

Untuk berkata dendam dan kecewa
 Kenapa?
Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?

Dendam Untuk apa aku berdendam Hanya dek hati terguris Oleh kata-kata yang menyakitkan Atau perbuatannya yang kalampauanOh! Rugilah aku Sedangkan Rasulullah Hanya memaafkan umatnya Lagi mendoakan Mulia sungguh budi pekertinya Tanpa perasaan dendam Kepada sesiapa Oh! Siapakah aku Untuk berdendam?
Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu
Oh Tuhanku Aku hanya manusia biasa Yang hina lagi dina Yang penuh dosa kemaksiatan Ampunilah aku Permudahkan lah jalan-Mu Bagiku juga umat manusia Kejalan keredhaan-Mu

GILA-GILA MERENTAS GENERASI



Tak siapa menjangka majalah Humor GILA-GILA mampu bertahan hingga usia 31 tahun.
Jika dihitung pada jangka hayat seorang manusia sudah tentu ianya cukup dewasa...
Pelbagai ragam dan rencah di adun dalam menghasilkan humor satira yang cukup segar.
Pelukisnya juga turut silih berganti..namun ianya tetap segar utuh di hati peminat-peminat setianya.
Malahan ada juga dikalangan krew GILA_GILA yang sudah tiada lagi.
Namun karya-karya mereka tetap terjamin dan diminati ramai.
TAHNIAH UNTUK SEMUA KREW GILA-GILA
SAMA ADA YANG DULU,KINI DAN SELAMANYA....
 
 
Creative Enterprise Sdn Bhd
38-1, Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.
Tel: +603-2282 4970
Fax: +603-2282 4967

Saturday, September 25, 2010

Virus Gila Blogger


Kuala Lumpur (Malaysia)Kementerian Blogger Malaysia (KBM) telah mengenal pasti sejenis VIRUS terbaru yang melanda Blogger-blogger Malaysia. Virus ini di katakan menjangkiti blog-blog dan menyebabkan Admin blog menjadi kurang siuman atau GILA!. KBM telah memantau dan mengarahkan semua blog yang di import atau di dalam negara agar menyebarkan VIRUS GILA ini kepada semua 4 bloggers di MALAYSIA kerana VIRUS GILA ini baik untuk memaksa KERAJAAN MALAYSIA mengurangkan dan menurunkan harga MINYAK negara pada harga terendah.

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti




Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

Wednesday, September 22, 2010

♥♥♥ L♥Ve Is CinT♥ ♥♥♥

♥Temani Aku Bila Perlu ♥
♥Peluk Aku Tanda Sayang Mu ♥
♥Hukumlah Aku Bila Aku Lukakan Hati mu ♥
♥Tapi Satu ♥
♥Jangan Padamkan Sayang Mu Buat Ku ♥
♥Kerana Aku Tak Mampu Hidup Tanpa Mu ♥


♥Sejuta Pengharapan Didalam Hati Kecil Ku ♥
♥Ku Rindu Kasih Sayang Mu ♥
♥Kuharap Engkau Mengerti Perasaan Ini  ♥

♥Takkan Aku Biarkan Diri Mu Yang Kesepian  ♥
♥Jauh Dari Kasih Sayang ♥

♥Jangan Kau Membisu ♥
♥Siramilah Bunga Cinta Ku♥
Agar Tumbuh Di Dalam Hati Ini♥
♥Mahligai Cinta Ku Yang Ku Nanti Dari Mu♥

♥Kasih Pujaan Ku♥
♥Tak Ku Biarkan Bunga Mu Layu♥

♥Ku Ingin Dalam Pelukan Cinta♥
♥Agar Terubat Rasa Rindu Di Hati♥

♥SETIALAH UNTUK KU ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
  ♥ ♥ ♥ ♥
  ♥ ♥
  ♥

Monday, September 20, 2010

Miss You.......

Bila Aku Jadi Seorang Perindu............Merindui Dia Amatlah Indah...Indah Tak Terkata.....wahahahahaha...
Jiwang Karat...........HUHUHUHU!!!!
Its Ok..Aku Mengaku Aku Mmg Rindukan Dia...Entah Bilalah Aku Dapat Berjumpa Dengan Si Dia.........
Harap2 Jodoh Berpanjangan agar kami akan selalu bertemu muka....nanti tak la bermimpi jak..hehehehehe...
Mana Best Jumpa Dalam Mimpi............hehehehe...

p/s : Kalau Ada Sumur Diladang,
       Boleh Kita Menumpang Mandi,
       Kalau Ada Umur Yang Panjang,
       Boleh Kita Jumpa Lagi.

Tuesday, September 7, 2010

Bahasa PasaR???

Apa pendapat korang mengenai bahasa pasar ni???ermmbahasa baku kot???ye ker??huhuhu...xtau la....apa yg penting bagi aku..aku selasa menggunakan bahasa ni....bahasa sluber la katakan..hahaha...n aku tau byk yg kat luar sana selesa guna pakai ni bahasa pasar..la..buli la bah 2...kampung2...hehehehe....yg pntg saling paham n memahami....jgn sorgh cakap bahasa melayu,lg sorg cakap bahasa korea...mmg la x masuk cerita....wakakakakaka...pa pn....bahasa pasar ni xla sesuai di guna pakai dalam acara FORMAL.....cam dalam ucapan ker....mengarang novel ka...pa pn yg sewaktu dengannya.....er... k la...penat da aku type...ntah ape2 da aku type....silap2 buli kuar tajuk lak..hehehe...k la....selamat malam n selamat hari raya.....

p/s :
Ni sekadar suka-suki jer..hehehehe......kes aku da bosan kan...member da tido smua aku mengarang la...
Bye.................

Monday, September 6, 2010

Pulang Kampung!!! Yahoo!!!!!!

Assallammualaikum W.B.T....esok petang aku nak pulang kampung da..hahahaha...x sabarnya aku pulang...cam mo terbang da aku ni...huhuhu....aku ni sebenarnya da bosan bah hidup kat perantauan ni.....penuh dengan dugaan...macam2 aku tempuhi d sini.....jauh dari family,insan tersayang,jauh dari cara hidup aku yg kuat lepak ngn kawan2 lama aku dulu.....erm...rindu plak zaman2 skola aku dulu........apa pun..harap perjalanan aku esok utk sampai ke destinasi ku selamat dari segalanya..Amin...........

Kampung Ku..............Kau Tunggulah Kepulangan Ku.....................
Arrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
^__^

Sunday, September 5, 2010

Friendship Is Beautifull...

YESTERDAY....... I Was Your FRIENDS..................
TODAY.................I'm Still Your FRIENDS................
Don't Worry About......................................................
TOMORROW.......I'll Always Be Your Friends...........

That Is My Promise.....................................................

Happy Friendship Day.....

Apa Erti Kasih Sayang?????

Pada satu hari di sekolah,seorang pelajar bertanya pada seorang cikgu.Ketika itu cikgu tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar:"Cikgu,macam

mana nak pilih seorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?macam mana juga kasih sayang itu nak kekal?"

Ckgu:"Ok,kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Jalan terus sambil pandang rumput di depan kamu.Petik yang paling cantik tanpa toleh kebelakang walau sekali pun. Dah petik rumput tu bawa ke kelas"

Bila pelajar itu pulang ke kelas,tak ada sehelai rumput pun di tangannya..Cikgu bertanya,kenapa tak ada rumput pun yang dipetik?

Pelajar:"Macam yang cikgu suruh,saya jalan terus ke depan sambil cari rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi sampai dihujung padang itu pun,saya masih tak jumpa rumput yang paling cantik. Mungkin ada diantara yg dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik itu, tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi,jadi tak ada la rumput yang saya boleh petik

Cikgu:"Ya,tu lah jawapanya.Maknanya,bila dah jumpa seseorang yang kita sayang.jangan lah lagi kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai dia sebaik-baiknya.Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. dan ingat lah orang yang paling kita sayang itu lah yang paling cantik dan paling baik walaupun kalau nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti kisah rumput tadi.."


Kita Tidak Memerlukan Seseorang Yang Sempurna Untuk Dijadikan TEMAN..
Memadailah Seseorang Yang Membuatkan Kita Berasa Sempurna Apabila Kita Mengenalinya....

Mencari Dia???

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya...^__^

We ToGeTher

Bermula Satu Pertemuan...

Terjalin Satu Ikatan...

Tercipta Seribu Kenangan...
...
Kini Hadirnya...
Dugaan Menguji
Keutuhan Dan Kesetiaan Dalam

Perhubungan...

Lantaran Itu Belajarlah
Menghargai Sebuah
KENANGAN...

Kerana Ia Kini Hanya Wujud
Dalam Ingatan...

Dan Tak Mungkin Akan
Berulang Kembali...

Malah Tak Siapa Bisa
Mengubahnya...

Itulah Realiti
Kehidupan...

Namun Sebuah Perhubungan
Yang Sejati Pasti Akan Membawa...

KERINDUAN Yang Abadi......

"Dalam Hidup Kita TUHAN Akan Bagi PELUANG Untuk Kita Berjumpa Dengan ORANG Yang Betul-Betul Kita SAYANG..Tapi Hanya Sekali SAHAJA..Sekiranya Kita Leka Dan Tidak Menghargainya..Kita Akan Kehilangannya Buat SELAMANYA..Tapi,Kita Takkan Pernah Tahu Siapa ORANGNYA..Jika Kita Sendiri Tak Pernah Sedar Dan Tidak Pernah Cuba Untuk Menilai Kehadirannya..Mungkin Setelah SEGALANYA Berlalu,Kita Mula Sedar Dan Mungkin Tak Berpeluang Untuk Memilikinya Untuk Selamanya..
Renungkan.....Dan Selamat Meramal....."


(¯`v´¯)
`·.¸.·´
¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ ( ♥ ♥ ♥ )

/(,")\♥(".)
./♥\. ./█\. ♥ I Love U ♥
_| |_ _| |_
▌✿◕‿◕✿ │║▌│║

.(¨.) ♫
./█\.♥
_||_
♥With You,My Life Is Completely Perfect ♥

Saturday, September 4, 2010

Salam Lebaran!!!

Seiring Salam Seharum Ganja,
Kasih Sebening Vodka,
Dengan Hati Seputih Syabu,
Walaupun Ada Dosa Sekecil Extacy..
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin..

Gendang Gendut Menari-Nari,
Kenyang Perut Susah Nak Lari,
Tinngal Seminggu Datangnya  Aidilfitri,
Salah Dan Silap Harap Dimaafi.. 

Kalau Tidur Atas Tilam,
Lewat Bangun Kena Siram,
Ada Hantu Datang Malam,
Jangan Takut Jangan Seram,
Dia Datang Sampaikan Salam,
Dari Hanya Untuk Mu.

SELAMAT HARI RAYA....
MAAF ZAHIR DAN BATIN.........