ANALOGI SEBATANG POKOK
Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok.
Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan,
Kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat....
Bermula dari benih yang kecil,
Ia tumbuh menjadi pohon yang besar
Dan semakin kuat akarnya.
Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat,
Ia belajar menahan teriknya matahari,
Kuatnya angin,
Dinginnya hujan dan gangguan
Daripada manusia dan haiwan.
Setelah melalui semua itulah,
Daripada sebiji benih yang tidak terlihat,
Menjadi tunas yang bercambah
Dan akhirnya bertukar menjadi
Pohon yang besar.
Oleh itu,
Jadilah manusia yang tidak kalah
Dengan keadaan dan suasana.
Seperti ikan di lautan masin,
Meskipun sekitarnya masin,
Namun dagingnya tetap tawar.....
0 comments:
Post a Comment